Thursday, October 23, 2008

Snippets : DATO SHAH RUKH KHAN

1. Saya berasa malu apabila anugerah Dato kepada Shah Rukh Khan dipertikaikan. Kita kerap juga memberi gelaran Dato Kehormat kepada orang asing bagi menghargai sumbangan mereka kepada negeri atau negara. Jasa mereka ini kebanyakannya kurang daripada jasa Shah Rukh Khan.

2. Saya terlibat secara langsung dengan kurniaan bintang-bintang kehormatan kepada orang-orang yang berjasa tiap-tiap tahun. Kerap kali saya tidak kenal pun calon-calon yang dikemukakan.

3. Sesungguhnya ramai yang lebih layak daripada calon-calon ini tidak termasuk dalam senarai dan tidak mendapat bintang-bintang kehormatan. Kemudian saya ditanya kenapa beri kepada orang-orang ini dan tidak orang itu. Saya tidak dapat jawab kerana tiada siapa yang diberi tugas memilih calon-calon mengemukakan nama mereka-mereka ini. Mereka juga tersilap. Tiap-tiap tahun ini berlaku.

4. Shah Rukh Khan seperti kita maklum adalah bintang filem Bollywood yang terkenal. Saya telah usaha untuk menarik syarikat-syarikat perfileman Bollywood untuk membuat filem di sini kerana ia akan memperkenalkan Malaysia bukan sahaja kepada penonton filem di India tetapi di Eropah juga. Tujuannya ialah untuk menarik pelancong ke Malaysia.

5. Antara yang sambut jemputan saya ialah Shah Rukh Khan. Dia amat tertarik dengan pemandangan di Malaysia. Banyaklah filemnya yang mempunyai latar tempat-tempat yang menarik di Malaysia.

6. Kita bukan sahaja dapat menarik pelancong tetapi kegiatan perfileman memaksa syarikat-syarikat Bollywood belanja wang yang banyak. Ramai pekerja dan orang lain di Malaysia mendapat banyak nikmat. Ada kalanya Shah Rukh mengadakan pertunjukan percuma untuk bantu badan-badan amal.

7. Kerana Shah Rukh memilih Malaysia untuk membuat filem-filemnya banyak syarikat-syarikat perfileman Bollywood lain turut memilih Malaysia untuk membuat filem mereka.

8. Saya fikir Shah Rukh layak mendapat penghormatan sebagai Dato Kehormat. Ini tidak bermakna artis-artis tempatan tidak layak mendapat penghormatan seperti Shah Rukh. Tetapi janganlah kita tarik balik anugerah ini untuk diberi kepada artis tempatan. Kita punyai banyak bintang kehormatan lagi yang boleh diberi kepada diri kita.

1 comments:

sjankan said...

Malang bagi kebanyakan rakyat Malaysia untuk melihat sesuatu isu itu dengan lebih terbuka. Bagi mereka soalnya dia bukan rakyat tempatan atau kalau hendak dikatakan dengan lebih khusus bukan artis tempatan.

Persoalan adakah wajar dia dianugerahi dengan gelaran DATO. Bagi saya tidak ada salahnya. Seperti juga pemimpin tempatan yang mendapat anugerah dari institusi luar negara dari kedutaan luar negara ataupun universiti negara luar. Ada juga pemimpin tempatan pernah memperoleh anugerah Jawarhal Nehru ..malangnya saya tidak dapat memperingatai namanya dngan tepat. Jadi adalah benda yang paling bodoh sekirannya rakyat Malaysia masih tertutup minda untuk menerima keterbukaan dan melihat isu ini tanpa sebarang agenda politik.

Paling penting anugerah ini diberikan kepada SRK tanpa dia perlu melobi, atau mengampu atau menggunakan pengaruh sesiapa untuk memperoleh.

 

blogger templates | Make Money Online